Followers

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433

SALAM MAAL HIJRAH 1433

Maal Hijrah. Macam orang sambut tahun baru jugaklah kan. Penuh dengan semangat penuh dengan azam. 

Aku? Susah nak cakap. Dalam diri ni memang sedar yang tuntutan dunia je aku utamakan. Yang nak bawak mati, buat macam hidup ni ada beratus tahun lagi. Nyawa ni, entah esok entah lusa entah dalam-dalam taip ni dah melayang. Kuasa Allah, kunfayakun.

Memang dalam hati, ada niat (sekadar niat) nak perbaiki diri sendiri. Bukan baiki dari segi luaran, persekitaran but also rohani. Hari-hari pagi petang siang malam makan untuk tubuh badan boleh hidup. Tapi makan untuk rohani, untuk 'dalam' badan hidup...ada?

Tak ada jawapannya. To be frank, setakat solat lima waktu perkara wajib. That's all. Itupun memang ada rompong. Jarang dan teramat kadang-kadang tak ada rompong. Lima tak pernah cukup. Hidup jadi student lagilah. Tidur ibarat lagi penting than menda lain. Sebab? Kalau tak solat Allah tak punish depan-depan. Submission lau tak buat, memang kena bambu dengan lecturer direct. 

Susah. Memang susah. Tahun ni aku terkesan dengan semua ni. Honestly aku tak pernah or orang kata kurang concern pasal Maal Hijrah. Tapi tahun ni aku dah tak macam tuh. Apa guna ada FB, ada twitter. Plus, aku orang Islam kot. Tak payah nak tunggu New Year nak ada list azam baru.

Aku pun takdelah azam baru, cuma like Mr. Popeye said "kena saling beringat'. Manusia ni kalau sorang-sorang pun susah. Takde support. Semua menda kena ada support baru nak jadi efektif.

Okay, again Salam Maal Hijrah.

Hijrah itu pengorbanan...perjuangan...persaudaraan...membentuk perpaduan...


Hijrah to all. Semoga kita menjadi yang lebih baik dalam erti kata yang dituntut-Nya daripada sebelum ini. 
Insya-Allah.


Assalamualaikum w.b.t.



:)



www.tips-fb.com

2 komen emosi juga:

Arifshoolihin said...

salam maal hijrah juga ", always mengingati antara satu sama lain kan

cikmimitecik ;) said...

salam maal hijrah kak... :)