Entry ini mungkin akan jadi entri paling romantik dalam blog aku untuk mengakhiri tahun 2012.
Senyum puas-puas. Syukur Alhamdulillah.
Awak...
Setahun. Dah setahun kita kenal, I mean kita kenal 'balik'. 10 tahun kita terpisah, saya tak pernah notice awak dalam hidup saya. Tapi awak boleh ingat saya kan. Saya pun tak tahu nak cakap macam mana time awak add saya. Time tu dalam kepala macam so-so jelah kawan dengan awak. Nak nak bila saya tahu awak seafarer mula-mula saya rasa macam "ala mamat ni... nanti tinggal aku jauh jauh kalau aku dengan dia"... Poyo giler! Macam awak suka saya kan time tuh.
Lama-lama, saya dengan awak pun jadilah kawan. Kawan... kawan dan kawan dan saya pun pernah cuba ada hubungan dengan orang lain tapi gagal jugak. Tapi dalam pada tu, awak tak hilang. Saya yang hilangkan diri dari awak sebab saya segan. Lama-lama bila saya alone, saya cari awak balik. Kita kawan dan kawan dan kawan balik sampai saya rasa saya serasi dengan awak. Awak baik! Sumpah saya cakap saya tak pernah jumpa lelaki sebaik awak, bukan saja baik dengan orang luar tapi dengan family awak pun, awak anak yang baik. That time, saya cakap dengan kawan baik saya saya suka awak tapi awak ada perempuan idaman yang awak tunggu-tunggu.
Saya pun sama, saya pun sibuk nak try and error mencari pasangan hidup. Asal gembira ke sedih ke saya mengadu dengan awak. Awak tak pernah jemu. Tak pernah sms saya awak tak reply. Semua awak reply dan awak sentiasa dengan saya walaupun kita hanya kawan. Sampai satu masa, saya hint kat kat awak saya suka awak tapi saya tak tahulah awak perasan ke tak. *Gelak kejap*
Tapi bila bulan Ramadhan, saya kan duduk rumah. Everyday kejut awak bangun sahur buat saya tambah sayang dekat awak. Saya rasa saya memang tak responsible langsung if saya tak kejut awak. Time tuh saya cuba lah nak dekat lagi dengan awak. Kalau awak perasan lah, ada je sebab saya sms awak. Padahal nak suruh awak sms saya jugak. : D
Sampailah ke hari raya... Awak datang rumah saya. Saya ingat kata-kata awak sekadar kata-kata. Tapi awak tunaikan. Itu first time saya rasa macam appreciate gila dengan apa awak buat. Jauh kot awak Raub dengan Kuantan tapi awak datang. Saya tak boleh nak kata berdebar gila bila saya keluar tengok awak dah ada kat living room rumah saya. Rasa macam OMG serius tak percaya... Tapi saya dah kata dalam hati if awak tak ajak saya keluar petang tu, so saya taknak berharap. Tapi at last, kita jumpa jugak dekat TC. Tepi pantai giteww tapi saya tetap tak boleh hope pape.. Awak kan masih tunggu orang lain...
... Sampailah ke konvo saya, again, awak datang. Awak sanggup sewa kereta bagai and datang JB untuk kita spent time tak sampai 2 jam kot. Tapi this time, awak beritahu saya awak dah takde apa-apa dengan dia. Saya tak tahu nak respon apa selain "OK". Awak cakap "OK" je respon saya? Saya wonder jugak apa yang awak expect saya respon.. Tapi nevermind lah.. Follow the flow like awak cakap. :)
Tapi lepas tuh kita dah lain. Awak layan saya macam istimewa sangat-sangat. Awak care everything pasal saya dan lepas tuh saya tahu, awak is 'The One' yang saya tunggu selama ni... Cuma saya kena ingat yang awak tak nak any komitment before awak tunai janji pada mak awak nak habiskan study awak. So, saya tak harap pape. Jadi princess awak even tak official pun dah cukup.
Pejam celik pejam celik, awak dah habis final exam dah pun. And saya tak expect secepat itu awak tunaikan janji pada saya pulak. Saya terkejut, dah lama saya tunggu dan saya minta maaf malam tuh saya just boleh menangis je sayang. Saya tak boleh cakap apa-apa.
Macam saya cakap kat awak, mungkin kekurang hubungan kita ni is nanti saya akan berjauhan dengan awak. Tapi saya tahu, kelebihan yang ada pada awak melebihi kekurangan tu sayang. Setahun saya dengan awak, awaklah lelaki yang paling menghargai saya dalam hidup selepas ayah saya. Kalau awak tanya saya sudi ke saya hidup dengan awak, sudi ke kongsi susah senang dengan awak, dan sudi ke saya terima baik buruk awak... Jawapan saya...
YA, saya sudi sayang.
Insya-Allah masa yang ada ni saya manfaatkan untuk persiapkan diri saya jadi milik awak. Saya pun ada tanggungjawab untuk keluarga saya dulu. Bila sampai masanya nanti, saya harap semua yang kita impikan selama ni jadi kenyataan. Kita akan hidup bahagia dan saya akan jadi milik awak dan awak akan jadi hak saya, selamanya.
Saya tak boleh nak kata apa, sekarang saya nak experience pengalaman berjauhan dengan awak. Saya tahu awak nak tengok how tabah saya hadapi semua tuh kan. Sama-sama kita doa saya jadi orang yang setia dan tabah tunggu awak disini ye sayang.
Terima kasih Arifshoolihin Baharuddin.
.I LOVE YOU.
14 komen emosi juga:
1. cantik blog...improve gile2 skang
2. byk ke hint?hehe sume x pasan
3. berjauhan?x jauh pon kat hati nih :))
1. thanks, btw itu template design kot b.
2. siapala org b nak perasan, :D
3. i know b. :)
wewitttt..
semoga happy2 selalu eyra..
PJJ ea..gud luck..
=)
thanks fie!
PJJ sgt laut ngan darat.. :)
:') sedih aku baca...
seperti aku dapat rasa apa ko rasakan.. semoga berbahagia selalu..
insyaAllah, niat hati yang ikhlas sentiasa dipermudahkan Allah.
kami doakan.
:)
Cik Siti Suhaila: jangan sedih... saya gembira ni... thanks alot babe...
Cik ladysheqa: terharu sgt.. terima kasih dan doa saya korang jugak akan bahagia.. :)
alaaa kenapa sekarang aku lambat update ni? tapi aku dah update lagi awal secara lisan dengan ko kan kan? hehe!
btw, tahniah dan selamat berbahagia buat kawan tersayang saya, Nadzirah Tajul Molok dan Arifshoolihin! aku harap dia orang yang kau cari2 selama ni. orang yang kau selalu cakap dulu dengan aku, "bilalah aku nak jumpa the one" tu semua.
sholin, jaga kawan baik saya baik2 tau! dah 4 tahun kenal dia, dah tau perjalanan hidup suka duka dia, saya harap kali ni dia dah jumpa kebahagiaan yang dah lama dia cari! wahhh essay pulak aku kat sini! I'm happy for you guys! :')
anis siap bagi speech lagi hehehe :p
anyss: sgttttt terharu dgn ucapan ko... hopefully memang dia yg aku tunggu selama ni.. :) thanks a lot dear... kita sama2 bahagia okeyh!!!!!
wah...happy fur you my dear!!! moge itulah cinta yg dicari!! hug hug~
nak komen jugak!..
ENCIK SHOLIN...
JAGA KAWAN SAYA BAIK-BAIK!!...
*jgn main2 ngn KKP..kitorg bole carik ko walau sampai lautan india tau..ehehe..emo pulak
happy for u eyra dear..=).. *amek berkat korang sikit bole?..hee..<3<3
:mellankolia:: thank u!!! hugggss*
puteh : thanks babe! boleyh2... semoga semua KKP akan bahagia sama2 okeyh. okeyh *airmata genang2*
puteh oh puteh...
mesti buat yang terbaik
:))
p/s : lautan india?ngeee!
Post a Comment