So far, ada yang dah settle. Ada yang pending. Everything happened bukan untuk melemahkan kita, but membantu kita memahami proses hidup. Sebabkan aku masih muda dah menerima musibah-musibah macam ni, so ayah selalu nasihat supaya in future aku lebih berhati-hati buat keputusan or any action in my life. Insya-Allah.
Today, already 1st August 2012. Ya Allah dah nak ke penghujung tahun rupanya. Syukur, disebalik kesulitan sememangnya Allah akan beri cahaya pada umatNya. Yang penting, belajar dari kesilapan dan bersyukur dengan apa yang diberiNya.
Julai memberi seribu satu kenangan untuk tahun ini. Alhamdulillah, loan PTPTN dah berjaya diconvert kepada biasiswa dan already approved with black and white. Tak sia-sia usaha bekerja keras kekalkan dean list setiap semester. Syukur sangat-sangat. And the latest, aku lulus temuduga SPA yang aku attend a month ago. Rezeki Allah, masih di bidang planning jugak aku. :)
Tiada apa yang menggembirakan aku selain melihat senyuman ma and ayah. Senyuman bahagia, bangga dengan anak. Aku tahu lama mana pun aku kerja takkan mampu balas jasa mereka. Takpe, lepas ni InsyaAllah aku akan sama-sama bantu ayah improve keluarga. Hidup bahagia sampai akhir hayat.
Sesungguhnya, bila kita dah usaha sebaiknya, dan meletakkan setinggi-tingi tawakal pada Allah, InsyaAllah. Allah Maha Mendengar dan memakbulkan segala. Semoga sama-sama kita bersyukur dan mendapat berkat di bulan mulia ni hendaknya...
Salam Ramadhan.

2 comments:
tahniah eyra..=)
sama2 kita mendapat keberkatan di bulan mulai ni..tahniah awak :)
Post a Comment