Bila dah masuk alam pekerjaan, semua perkara rasa nak cuba. Itupun sebab depan orang yang kita baru nak kenal, rasa malu dah kurang sikit. Kalau masa belajar dulu, menyanyi saja yang aku kurang malu. Benda lain, jangan haraplah.
Semua bermula Disember 2012 tahun lepas, aku dipertanggungjawankan untuk jadi emcee ataupun pengacara majlis untuk satu sesi teach-in yang bahagian anjurkan. Cuak! Serius cuak sebab semuanya first time. First time join aktiviti luar dengan officemates dan first time jugaklah jadi emcee.
Time tu nak tolak nanti orang kata apalah baru masuk dah pandai refuse apa bos arah. Sebab no experience at all, aku cabar diri aku. Luckily that session YBhg. Dato' Ketua Pengarah tak ada. Timbalan saja iaitu Dr. Dahlia Rosly saja yang opening. Tapi Dr. Dahlia pun soooo competent orangnya. Time tu cuma fokus pada teks and taknak buat silap depan dia saja.
Sampai ke pagi, minum makan semua tak kenyang. Nasib baik tidur lena, almaklumlah tidur hotel. Semua bagi support sepenuhnya even boss also calm myself that time. Time tulah rasa seronok bila bekerja ni bila dapat team-mates yang superb.
So, senang kata, jadi emcee ni macam menyanyi atas pentas juga. Bila dah comfort kat rostrum, then nothing nak worry dah. Semua akan jadi natural dan lancar saja. Yang penting intonasi suara. Gesture body tak perlu sangat sebab kita dah hidden belakang rostrum tu. Muka kena manis, kena senyum. Teks kena clear susunan ikut cue tentative program. Sentiasa perhatikan floor manager program sebab nanti ada saja isyarat diberi. Hehe...
So, lepas yang first time tu, dapatlah pujian sikit-sikit. Alhamdulillah. Pujian tu maksudnya TETAP DAN BERPENCEN lah jadi emcee. Semua even bahagian kalau memerlukan terpaksa rela lah kan. Tapi, sebenarnya bagus juga. Ini satu cara nak bagi orang kenal kita and dalam masa sama kita dah boleh discover satu kebolehan diri yang selama ni tak tahu pun.
Ini first time experience. Sesi teach-in Manual Penilaian Impak Sosial
di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur.
This one is my second experience jadi emcee untuk Symposium on Sustainable Cities in Asia pada bulan Januari 2013 yang lalu di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
Dan yang ini bulan 16 April 2013 lepas. Sesi teach-in Panduan Pelaksanaan 5 Inisiatif Pembangunan Kejiranan Hijau.
Kesimpulannya, apa-apa pun kena cuba. Setiap perkara dalam dunia ni ada tatacara dia kalau nak buat. Jadi emcee pun even nampak mudah, tak mudah sebenarnya. You're just like middle person antara orang atas stage dengan audience. Susahlah nak explain tanggungjawab tu, so kena experience dulu baru tahu.
Okey, that's all for today. Now tengah prepare emcee cue untuk next JPBD event, Town Planning Expert Talk 2013 di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur coming 22 May 2013. Do click http://mytownnet.blogspot.com/2013/04/town-planning-expert-talk-2013.html for more info.
Next, nak story pasal garis panduan pulak. Dulu time belajar jenuh kan semua student nak GP. Nanti baru kita tahu susah ke tak susah nak produce satu GP tu..
Sekian,
Salams....


